Rabu, 24 Julai 2013

“KALAU TUHAN TU BETUL-BETUL BAIK, KENAPA BUAT NERAKA?”

Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz :
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”
Ustaz itu terkedu.
Ustaz itu menjawab : “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik.”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Jelas ustaz itu lagi : “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?”
Gadis itu terdiam.
Ustaz : “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah.
Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita. Semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala.
i

Selasa, 23 Julai 2013

bakso...slrppppp !! nyam nyam dapnye la

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Rabu, 17 Julai 2013

takut

Tajuk Lagu: Takut
Artis: Amalia Alias
Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu
Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini
Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini
Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini
Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Khamis, 11 Julai 2013

mAti bErNyAwA

AKU MATI BERNYAWA , DITINGGAL KEKASIH PUJANGGA , HIDUP SEAKAN SENGSARA , SEDIH , PILU , DERITA , AKU MATI BERNYAWA , PERGINYA TANPA BERITA , PEDIh MENIKAM JIWA , RESAH SERTA GELISAH , AKU BAGAIKAN MATI , BETAPA SAKIT HATI , MELIHAT ENGKAU PERGI , TINGGAL AKU SEPI , AKU BAGAIKAN MATI , KAU TAKKAN DATANG LAGI , TUK HAPUS RASA SEPI , KAU BIARKU SENDIRI

diantara korang mesti pernah putus cinta kan...hmm orang yang pernah putus cinta je akan faham apa maksud MATI BERNYAWA...sedihnya kena tinggal dengan orang yang kita sayang , cinta tak payah cakap la kan..kadang2 aku pun xtau kenapa aku harus bersedih ? kenapa aku tak terima semua ni berlaku ? tapi bila lama2..perlahan-lahan aku melangkah tinggalkan segalanya aku jumpa jawapannya...sebab tu setiap apa yang berlaku kadang2 kita perlu tanya pada diri kita sendiri kan kenapa semua ni berlaku pada diri kita

Langkah

Langkah demi langkahku susun cerita hidupku , namun tiada siapa yang tahu , tiada siapa yang mengerti , kenapa dan mengapa hidupku begini , semakin lajuku melangkah , semakin jauh aku meninggalkan segalanya , semakin jauh aku dari segalanya.

untuk melupakan sesuatu yang kita sayang bukan mudah
tapi itu mungkin satu langkah yang lebih baik daripada hati kita terus disakiti
buat apa kita nak harapkan sesuatu yang mungkin sia-sia sedangkan hati dia untuk orang lain
suatu hari dia akan rasa macam mana sakitnya hati kita
apa yang terjadi pada kita dulu akan berbalik pada dia
memang sekarang dia tak rasa apa-apa tapi bila mana waktunya akan tiba dia akan menyesal seumur hidup sebab dah persiakan cinta kita